top of page

10 Cara Mudah Untuk Mengekalkan Kesihatan Telinga Anda

Mengekalkan kesihatan telinga adalah keperluan untuk seumur hidup anda. Mengambil langkah-langkah untuk melindungi telinga dapat membantu anda supaya terus mempunyai pendengaran yang baik mahupun pada peringkat usia yang lanjut. Ikuti 10 cara mudah bagaimana anda boleh menjaga telinga anda dengan baik


1. Guna alat pelindung telinga


Alat pelindung telinga adalah sangat penting untuk individu yang bekerja dalam bidang tertentu. Pekerja tapak binaan, pekerja kilang dan lain-lain pekerjaan di mana persekitarannya mengeluarkan bunyi bising. Jika anda bekerja ditempat sebegini, sila rujuk majikan anda mengenai alat pelindung telinga yang disediakan.

Ear plugs dan ear muffs adalah alat penutup pendengaran yang biasa digunakan sebagai pelindung telinga semasa bekerja.


2. Turunkan volume


Kadar kehilangan pendengaran meningkat dalam kalangan remaja. Kaji selidik mengatakan bahawa keadaan ini berkait rapat dengan remaja yang mendengar lagu untuk tempoh masa yang lama, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan earbuds. Untuk menjamin kesihatan telinga, anda disarankan untuk menggunakan earbuds maksimum selama sejam sehari dan lagu hendaklah dimainkan pada volume 60%. Individu yang ingin mendengar lagu lebih daripada 60 minit disarankan untuk menurunkan volume pada 30%. Penggunaan headphone adalah lebih digalakkan.


Penggunaan earbuds yang tidak dibersihkan secara berkala boleh menyebabkan jangkitan kuman pada telinga


3. Jaga jarak anda


Pendedahan kepada bunyi yang sangat bising walaupun untuk jangka masa yang pendek boleh menyebabkan penurunan sensitiviti pendengaran anda. Cuba elakkan melalui kawasan pembinaan atau menutup tingkat rumah anda jika anda tinggal berhampiran dengan tapak pembinaan.


4. Beri masa untuk telinga anda berehat


Kaji selidik mengatakan telinga anda memerlukan sekurang-kurangnya 16 hari untuk pulih seperti sediakala selepas terdedah kepada bunyi yang sangat bising selama satu hari. Untuk melindungi telinga anda, cuba ambil masa rehat yang kerap dan jauhkan diri daripada kawasan yang bising. Dengan mengambil masa rehat yang kerap dapat membantu telinga ada pulih dengan lebih cepat mengurangkan risiko hilang pendengaran. Jika anda tidak boleh untuk berehat secara kerap , gunalah penutup telinga yang sesuai.


5. Serahkan kepada yang pakar


Tahi telinga atau earwax dapat membantu telinga anda daripada pencemaran, benda asing dan juga serangga. Sesetengah pesakit beranggapan bahawa membuang tahi telinga adalah salah satu benda yang penting untuk kebersihan telinga. Namun begitu, tahi telinga tidaklah perlu dibuang secara kerap. Cubaan untuk membuang tahi telinga ini boleh menyebabkan ianya tertolak lebih dalam dan menyebabkan telinga tersumbat. Jika telinga anda tersumbat dan menyebabkan kesakitan atau kurang pendengaran anda disarankan untuk terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan segera.


6. Jangan korek telinga


Ramai pesakit yang menggunakan putik kapas untuk membersikan telinga, dan ada sesetengah individu yang menggunakan objek tajam. Memasukkan objek kedalam telinga adalah merbahaya, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kecederaan pada gegendang telinga. Jika anda terasa gatal, pedih dan kemerah-merahkan pada bahagian telinga, anda disarakan untuk terus mendapatkan rawatan. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa telinga anda dijangkiti kuman dan memerlukan rawatan segera.


7. Berhenti merokok


Kajian mendapati perokok mempunyai 60% lebih risiko untuk kehilangan pendengan jika dibandingkan dengan orang yang tidak merokok. Nikotin anda cabon monoksida dalam rokok boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel penting di bahagian telinga. Nikotin juga mengurangkan aliran darah dan oksigen untuk telinga


8. Pastikan telinga anda sentiasa kering


Kelembapan yang berlebihan pada telinga boleh menyebabkan jangkitan kuman yang boleh mempengaruhi pendengaran anda. Pastikan anda mengeringkan telinga anda secara perlahan-lahan selepas mandi atau berenang. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam telinga, anda disarankan untuk memakai earplug.


9. Ambil ubatan hanya apabila diarah oleh doktor


Sesetengah ubatan seperti NSAIDs sepeti aspirin,ibuprofen dan naproxen boleh mempengaruhi pendengaran anda. Sila rujuk doctor anda untuk maklumat lanjut.


10. Lakukan saringan kesihatan secara berkala


Pemeriksaan telinga oleh doctor secara berkala adalah penting untuk menjaga kesihatan telinga dan mengesan sebarang masalah pada telinga.

Dengan cara pemeriksaaan secara berkala, sebarang tanda atau gejala penyakit telinga dapat dikesan pada peringkat awal dan dirawat segera.



342 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page