top of page

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Buat Pap Smear

Pap smear atau pap test adalah ujian yang dijalankan kepada wanita untuk mengesan kanser pangkal rahim (kanser servik), Ramai wanita yang berisiko tinggi untuk menghidapi kanser servik walaupun tiada dalam sejarah keluarga mereka yang menghidapi penyakit ini.


Ujian Pap smear ini dilakukan oleh doktor dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai speculum. Alat ini membantu untuk membuka ruang faraj supaya sampel boleh diambil pada bahagian pangkal rahim. Anda mungkin akan kurang selesa.





Jadi apakah perlu ujian Pap Smear ini kepada wanita? Saya senaraikan 5 sebab utama.


1. Mengesan Kehadiran HPV


Sampel yang diambil dari pangkal rahim akan dihantar ke makmal untuk uji kaji. Sebarang keganjilan pada sampel tersebut merupakan indikasi kehadiran Human Papilloma Virus (HPV). HPV adalah faktor risiko yang tinggi dalam ketumbuhan kanser servik.


HPV biasanya boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin dengan individu yang dijangkiti virus HPV. Virus ini akan dihapuskan oleh sistem imunisasi dalam masa setahun ke dua tahun. Dalam keadaan yang tertentu, HPV boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan atau kanser servik.


2. Mengesan masalah pada peringkat awal


Pengesanan pada peringkat awal untuk sebarang keganjilan pada sel pangkal rahim adalah penting sebelum ianya berubah menjadi sel kanser.


3. Pap smear menyumbang kepada kesihatan yang menyeluruh


Pap smear juga boleh mengesan sebarang jangkitan kuman. Kebiasaanya jangkitan kuman pada peringkat awal boleh berlaku tanpa ada sebarang tanda. Rawatan yang diberikan pada peringkat awal mampu mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman yang lebih serius.


4. Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur


Wanita yang berumur dari 21 hingga 30 tahun disarankan untuk melakukan Pap smear sekali bagi setiap 3 tahun. Wanita yang berumur dari 30 hingga 65 tahun pula digalakkan melakukan ujian ini sekali bagi setiap 5 tahun.

Untuk wanita 65 tahun dan keatas, Pap smear dilakukan hanya apabila ada tanda-tanda keganjilan pada organ peranakan.



5. Risiko boleh disaring lebih awal dan dicegah


Risiko seperti sel prakanser di bahagian pangkal rahim, sejarah kanser servik atau sistem imunisasi yang rendah. Doktor akan menyarankan kekerapan untuk melakukan ujian Pap smear.


472 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page