top of page

8 Tip Untuk Kurangkan Alahan Mengandung

Alahan mengandung atau morning sickness adalah kondisi yang biasa berlaku kepada ibu mengandung pada trimester yang pertama (12 minggu pertama).

Kebanyakan alahan adalah biasa dan tidak memerlukan rawatan.



Namun ada sesetengah ibu mengandung yang mengalami alahan yang teruk sehingga memerlukan rawatan di klinik , bahkan ada segelintir yang perlu dimasukkan ke dalam wad.


Ada banyak perkara yang boleh trigger wanita mengandung mengalami alahan. Antaranya :


  1. asap rokok

  2. wangian

  3. kopi

  4. makanan atau minuman tertentu


Tip untuk kurangkan alahan :


  1. Makan atau minum secara kerap tetapi pada jumlah yang sedikit

  2. Jangan terus bangun dari tidur, berikan sedikit masa sebelum bangun

  3. Elakkan makan makanan yang berminyak atau pedas

  4. Elak makan makanan yang boleh menyebabkan anda loya

  5. Jangan minum air pada kadar yang berlebihan atau selepas sahaja makan

  6. Ambil halia ( dalam bentuk teh atau kapsul)

  7. Ambil multivitamin atau vitamin B6

  8. Jangan biarkan perut anda kosong. Sentiasa sediakan snek kecil.


Jika alahan yang anda alami adalah teruk seperti muntah yang berterusan, tidak dapat makan atau minum lebih daripada 24 jam, lesu dan tidak bertenaga segeralah dapatkan rawatan perubatan.


141 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentar


bottom of page