top of page

COVID-19 Swab Test : Apakah itu ujian swab test dan dimanakah anda boleh lakukan ujian ini?

Updated: Aug 2, 2021


swab test drive through
Covid 19 swab test

Apakah perbezaan RTK-Antigen & PCR swab test? Nak tahu di mana anda boleh dapatkan ujian ini? Teruskan membaca artikel ini.






Negara kita seperti negara-negara lain sedang berjuang menentang Covid 19 yang merupakan virus yang sangat bahaya dan mampu meragut nyawa jika dijangkiti terutamanya kepada warga emas serta individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi,kegagalan buah pinggang dan sebagainya.


Kita disarankan oleh pihak kerajaan untuk mengamalkan SOP yang telah digariskan untuk memutuskan rantaian Covid 19. Jika bergejala anda adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik ataupun di hospital dan ujian swab test mungkin akan dilakukan untuk memastikan anda tidak dijangkiti virus Covid 19.


Apa itu ujian swab test?



Swab test digunakan untuk mengesan jika anda dijangkiti oleh virus corona. Rod khas sepanjang 6 inci dimasukkan kedalam rongga mulut atau hidung bertujuan untuk mengambil sample di bahagian oropharynx dan nasopharynx. Sample ini akan disimpan dalam bekas khas dan dihantar ke makmal untuk ujikaji.


Apakah perbezaan PCR & RTK Antigen?


RT-PCR (Polymerase Chain Reaction Test)


PCR atau polymerase chain reaction ialah salah satu kaedah untuk mengesan virus dengan mengesan DNA virus tersebut. Jika dibandingkan dengan RTK , PCR adalah lebih tepat untuk mengesan kehadiran virus pada seseorang individu. Kaedah ini diiktiraf sebagai kaedah utama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan Covid 19. Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan kepakaran serta alatan makmal yang canggih untuk dijalankan. Jadi proses untuk menjalankan ujikaji ini mengambil masa yang lebih lama serta kos yang lebih tinggi berbanding RTK.


Antigen Rapid Test Kit (RTK-Antigen)


RTK juga digunakan untuk mengesan virus corona pada individu yang bergejala atau mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit positif Covid 19. Kaedah ini mengesan virus protein yang berkaitan dengan coronavirus untuk mengesan virus yang reaktif atau tidak reaktif. Sepertimana namanya rapid test, kaedah ini hanya mengambil masa 15-30 minit untuk mengeluarkan keputusan. Kebiasaannya kaedah ini hanya memerlukan calitan pada bahagian hidung sahaja.





Dimanakah anda boleh dapatkan swab test Covid 19 di Kota Bharu?


Terdapat banyak fasiliti kesihatan kerajaan serta swasta yang menawarkan swab test covid 19 sepertimana yang terdapat dalam senarai laman web KKM, namun ujian ini adalah terhad terutamanya di fasiliti-fasiliti kesihatan milik kerajaan. Anda boleh melakukan ujian swab ini di hospital atau klinik kesihatan kerajaan tetapi kebiasaanya anda perlu menunggu untuk masa yang lama.


Drive through Covid 19 screening di Klinik Lunar


Sebagai alternatif anda boleh menjalani swab test Covid 19 di Klinik Lunar melalui pandu lalu. Kami menyediakan swab test ini pada setiap hari di bahagian belakang klinik. Swab test ini akan dikendalikan oleh staf kami yang bertauliah.


Ikuti 4 langkah mudah ini :


1) Hubungi staf klinik untuk tempah tarikh serta masa swab test


2) Isi borang serta buat pembayaran secara online


3) Hadir ke klinik melalui laluan yang disediakan


4) Anda akan diberitahui keputusan ujian swab melalui whatsap (ujian PCR mengambil masa 24-48jam.







5,103 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page