top of page

Jaundis : Apa yang ibu bapa patut tahu

Penyakit kuning atau jaundis pada bayi baru lahir adalah disebabkan oleh tahap bilirubin yang tinggi dalam darah. Bilirubin merupakan bahan kuning yang terhasil daripada sel darah merah. Hati akan memproses dan mengeluarkan blirubin dari darah dan seterusnya bahan kuning ini akan dibuang melalui usus.


Jaundis pada awal 24 jam kelahiran bayi adalah merupakan keadaan yang abnormal. Jika ini berlaku doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesan serta merawat masalah yang menjadi penyebab kepada jaundis.




Tanda-tanda Jaundis


Pada peringkat awal, kulit bayi akan bertukar menjadi kekuningan. Seterusnya, gusi, tapak tangan dan kaki serta kelopak mata akan bertukar warna menjadi kekuningan.


Perubahan warna boleh dilihat dengan cara seperti berikut :


  1. Perubahan bermula pada muka dan seterusnya pada dada,perut,lengan dan akhir sekali pada bahagian kaki. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah bayi perubahan seperti ini tidak berlaku tapi sebaliknya warna kekuningan ini dapat dilihat pada seluruh tubuh.

  2. Boleh memeriksa dengan menekan dahi atau hidung bayi menggunakan jari. Jika bayi anda mempunyai jaundis, warna kekuningan akan timbul apabila anda mengangkat jari dari dahi atau hidung bayi.

  3. Periksa bayi anda lebih daripada sekali sehari sehingga tarikh temujanji yang seterusnya.

Jika ada tanda-tanda yang berikut, sila terus berjumpa doktor :


  1. Warna kekuningan pada paras lutut dan kebawah

  2. Bayi anda demam

  3. Bayi tidak mahu minum susu

  4. Bayi sentiasa tidur lebih daripada biasa

  5. Susah untuk mengejutkan bayi

  6. Bayi anda merengek dah sukar untuk dipujuk

  7. Bayi anda melengkungkan leher atau badan kebelakang


Apakah penyebab jaundis pada bayi?


Kebanyakan bayi yang mempunyai jaundis pada hari ke 2 hingga hari ke 4 adalah normal. Kebiasaanya jaundis akan hilang selepas 2 minggu kelahiran.


Bayi yang mempunyai risiko mendapat jaundis adalah :


  1. Lahir pra-matang

  2. Kurang minum susu - BIasanya berlaku pada beberapa hari pertama kelahiran disebabkan oleh susu ibu yang kurang atau bayi mempunyai masalah penyusuan.

  3. Bayi yang minum susu ibu. - Susu ibu boleh menghalang hati dari memproses serta mengeluarkan bilirubin dari badan. Keadaan ini boleh berlaku pada minggu pertama kelahiran dan akan bertambah baik pada minggu ke 3 - 12 kelahiran

  4. Bayi yang mempunyai jenis darah yang berbeza dengan ibu.- Jika ibu dan bayi mempunyai jenis darah yang berbeza, antibodi ibu akan menyerang sel darah merah bayi.. Ini boleh berlaku jika :

    1. Ibu berdarah O dan bayi berdarah A atau B (ABO incompatibilty) atau

    2. Ibu mempunyai Rhesus factor (Rh) negative manakala bayi Rhesus factor positive

  5. Masalah genetik yang berkaitan dengan sel darah seperti G6PD dan spheroctosis

  6. Bayi lahir dengan sel darah merah yang tinggi (polycythemia) atau mempunyai cephalohematoma (benjolan di kepala).



Bagaimana jaundis di diagnos?


Melalui pemerhatian doktor boleh mengesan jika bayi anda mempunyai jaundis berdasarkan warna kulit dan kelopak mata.

Semua bayi yang baru lahir akan diperiksa untuk jaundis sebelum keluar dari hospital.


Bayi yang mempunyai jaundis akan menjalani ujian darah (serum bilirubin capillary test) untuk memeriska tahap bilirubin.



Tahap bilirubin yang tinggi boleh menyebakan masalah yang lebih serius. Jadi doktor akan membuat pemantauan terhadap bayi yang jaundis.






Rawatan Jaundis


Rawatan jaundis bergantung kepada penyebab jaundis, tahap bilirubin dan umur bayi.





1. Penyusuan yang kerap. - Untuk bayi yang kekurang air dalam badan. Jika bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai susu tambahan yang sesuai. Bayi anda mendapat susu yang cukup jika :

  1. Bayi kencing sekurang-kurang 6 kali sehari

  2. warna najis bertukar dari hijau gelap kepada kuning



2. Fototerapi - rawatan yang biasa diberikan kepada bayi yang mempunyai tahap jaundis yang tinggi. Kulit bayi akan didedahkan pada cahaya lampu yang khas.

Kesan sampingan :

  1. ruam pada kulit

  2. cirit birit

  3. overheating dan dehidrasi


3. Pertukaran darah - dilakukan jika tahap bilirubin terlampau tinggi dan tidak berkesan dengan fototerapi. Darah bayi akan ditukarkan dengan darah penderma untuk menurunkan tahap bilirubin dengan cepat.


Jaundis lebih dari 2 minggu?


Bawa bayi anda berjumpa dengan doktor jika jaundis berlarutan selepas 2 minggu kelahiran. Bayi anda munkgin memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut.


Reference :


  1. https://www.uptodate.com/contents/jaundice-in-newborn-infants-beyond-the-basics


206 views0 comments

コメント


bottom of page