top of page

Kandungan Luar Rahim (Ectopic pregnancy)


Apa itu kandungan luar rahim?

Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopik adalah keadaan di mana embryo ini tidak melekat pada permukaan dinding endometrium. Sebaliknya embryo ini akan melekat dan membesar pada permukaan lain seperti tiub Fallopian, serviks, ovari bahkan dalam perut wanita itu sendiri. Keadaan ini boleh mendatangkan permasalahan kerana risiko untuk tumbesaran embryo ini yang boleh menyebabkan organ yang terlibat untuk pecah.


Tanda-tanda dan gejala kandungan luar rahim.

Antara tanda-tanda dan gejala kandungan luar rahim adalah seperti :


1. Sakit perut

Ini adalah gejala yang sering diadu oleh wanita mengandung dan hal ini tidak menghairankan berikutan patologi kehamilan ektopik ini yang melibatkan organ sekeliling pelvis (pinggang). Akibat tumbesaran janin di luar rahim, tekanan ke atas organ akan menyebabkan kesakitan yang sangat teruk kepada kebanyakan pesakit.


2. Pendarahan dari faraj

Perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam proses kehamilan normal. Pendarahan ketika mengandung adalah perkara yang tidak normal dan perlu dirujuk dengan segera.


3. Sakit hujung bahu

Jika janin yang membesar ini berada dalam perut, ia boleh menyebabkan gangguan urat saraf bahu dan menyebabkan kesakitan.


Rawatan kandungan luar rahim.

1. Ubat-ubatan

Bagi pesakit yang dirasakan belum lagi menghadapi komplikasi, pesakit mungkin akan diberikan ubat-ubat untuk mengelakkan kandungan diluar rahim tersebut pecah. Ubat yang selalu digunakan adalah ubat Methotrexate.


Ubat Methotrexate berfungsi untuk memberhentikan sel badan yang cepat membahagi seperti dalam sel bayi yang sedang membesar. Ubat ini akan menyebabkan simptom seperti keguguran


2. Pembedahan

Bukan semua orang perlu menjalani pembedahan bagi kehamilan ektopik. Kaedah pembedahan mempunyai dua cara iaitu secara “laparoskopi” ataupun pembedahan terbuka. Pembedahan melibatkan pembuangan tisu embryo atau janin ini secara fizikal. Cara pembedahan adalah bergantung kepada lokasi, saiz janin dan kesan pada organ sekeliling. Pembedahan laparoskopi membolehkan pesakit untuk pulih dengan cepat berbanding pembedahan terbuka.


Rujukan :

117 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page