top of page
Writer's pictureKlinik Lunar

Kehamilan Molar: Faktor risiko dan cara rawatan kehamilan Molar

Apa itu kehamilan molar ?


Kehamilan molar (anggur) adalah kondisi yang terhasil apabila gabungan sperma dan ovum tidak menjadi seperti yang seharusnya. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai “molar penuh” ataupun “molar separa”. Hasil penggabungan yang tidak menjadi ini menyebabkan penggandaan sel-sel zigot yang rosak dan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah seperti anggur yang tumbuh dalam rahim.


Apakah faktor risiko kepada Kehamilan Molar ?


1) Usia

Ibu hamil yang terlalu muda atau terlalu tua berisiko mengalami masalah ini. Hal ini berikutan kematangan ovum yang tidak cukup dan boleh menyumbang kepada penggabungan sperma dan ovum yang tidak menjadi.


2) Sejarah

Sekiranya anda pernah mengalami masalah kehamilan molar, anda mempunyai risiko 10 kali ganda untuk mengalaminya kembali di masa akan datang.


Bagaimanakah cara rawatan Kehamilan Molar?

Molar pregnancy tidak akan membesar menjadi kandungan normal. Anda perlu menerima rawatan bagi mencegah komplikasi.


1) Dilation & curettage (D&C)

Doktor akan membuang kandungan ini dari dalam rahim dengan cara meluaskan bukaan cerviks dan menggunakan vacuum bagi membuang tisu berbahaya.

Anda akan menerima ubat bius sebelum prosedur dijalankan. Prosedur ini memerlukan anda untuk masuk ke dewan bedah dan dimasukkan ke hospital.


2) Ubat kemoterapi

Kandungan seperti ini membawa potensi kanser sekiranya tidak dirawat dengan betul. Sekiranya doktor mendapati kandungan hCG anda tidak menurun walaupun setelah proses D&C, anda mungkin memerlukan rawatan tambahan seperti rawatan kemoterapi.

Setelah kandungan anggur dibuang, anda perlu melakukan beberapa ujian darah dalam masa beberapa bulan bagi mengawal paras hCG dalam darah.


Rujukan :

  1. Gestational trophoblastic disease (GTD) risks and prevention. (2018). – Penn medicine

  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Molar pregnancy.

  3. Hydatidiform mole , Medline Plus




703 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page