top of page

3 Cara Penting untuk Mengesahkan Kehamilan

Adakah anda rasa anda hamil? Lebih cepat anda tahu, lebih baik untuk kesihatan kandungan . Beberapa minggu pertama kandungan adalah masa yang penting untuk pertumbuhan janin yang sihat. Langkah-langkah penjagaan kesihatan boleh diambil lebih awal jika anda sudah mengesahkan kehamilan.


Tanda-tanda awal kehamilan




  1. Tidak datang bulan

  2. Letih tubuh badan

  3. Loya atau muntah - Juga dikenali sebagai "morning sickness" . Biasanya berlaku kepada ibu mengandung pada trimester pertama (0-12 minggu kandungan). Morning sickness yang teruk boleh menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan.

  4. Kerap buang air kecil - Ini berlaku apabila rahim anda mengembang dan menekan pundi kencing menyebabkan anda lebih kerap buang air kecil.

  5. Perubahan pada payudara - Payudara anda membengkak dan sensitif. Kulit sekeliling puting payudara (areola) akan menjadi lebih gelap.

Tanda-tanda yang juga boleh dikaitkan dengan kehamilan : berubah deria rasa, mood swing dan mengidam.



Ujian Kehamilan

Cara yang mudah untuk mengetahui status kehamilan adalah melalui ujian air kencing. Apabila seseorang wanita itu hamil, hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (hCG) akan terhasil di dalam darah, dan apabila tahap hormon ini semakin meningkat , ianya akan dikeluarkan melalui air kencing.





Ultrasound

Scan adalah cara yang paling tepat untuk mengesahkan kehamilan. Ujian air kencing yang positif tidak semestinya menandakan anda betul-betul hamil.

Beberapa situasi dimana ujian air kencing kehamilan juga positif, antaranya :



  1. Kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)

  2. Keguguran

  3. Masalah kesihatan - kanser & lain-lain


269 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page