top of page

5 Kaedah Perancang Keluarga Yang Anda Wajib Tahu

Updated: Feb 4, 2023

Merancang keluarga adalah penting untuk kesihatan ibu. Ibu-ibu yang telah melahirkan anak adalah di galakkan untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Dengan merancang kehamilan, ibu-ibu dapat memilih masa yang sesuai untuk hamil. Bilakah masa yang sesuai untuk hamil?


  • Pasangan yang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata

  • Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu

  • Masalah kesihatan yang terkawal dan optima

  • Tidak mempunyai penyakit serius yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi


Kaedah-kaedah perancang keluarga :



1) Alat dalam Rahim (Intrauterine device)

Alat yang berbentuk ‘T’. Doktor akan memasukkan alat tersebut di dalam rahim untuk menghalang kehamilan. Terdapat 2 jenis alat dalam Rahim : Levonorgestrel dan Copper T intrauterine device.

Kadar kegagalan 0.8%




2) Kaedah hormon


a. Implan : Rod kecil yang dimasukkan dibawah kulit pada bahagian lengan Wanita. Rod ini mengeluarkan hormon progestin sehingga 3 tahun. Kadar kegagalan 0.1%


b. Suntikan : Suntikan hormone progestin pada bahagian pinggul atau lengan setiap 3 bulan. Kadar kegagalan 4%





c. Pil perancang : Pil hormon yang mempunyai estrogen dan progestin. Pil ini perlu diambil setiap hari pada masa yang sama. Kadar kegagalan : 7%




d. Patch : Tampalan kulit dipakai pada bahagian bawah perut atau pinggul. Tampalan ini mengeluarkan hormone progestin dan estrogen kedalam salur darah. Perlu ditukar sekali seminggu untuk 3 minggu. Pada minggu keempat, tidak perlu memakai patch supaya kitaran haid boleh berlaku. Kadar kegagalan : 7%



3) Kaedah halangan


a. Diafram : Dimasukkan kedalam faraj untuk menutup cervik bagi menghalang sperma. Kadar kegagalan : 17%


b. Kondom. Dipakai oleh lelaki untuk menghalang sperma dari memasuki tubuh Wanita. Kadar kegagalan : 13%


4) Kaedah semula jadi


a. Kaedah masa subur : Memahami kitaran haid anda, dapat membantu dalam mencegah kehamilan. Jangan lakukan hubungan kelamin jika anda sedang subur atau gunakan kaedah lain seperti kaedah halangan pada hari-hari tersebut. Kadar kegagalan : 2-23%




b. Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan : Untuk ibu yang baru melahirkan anak dan sedang menyusukan anak dengan susu ibu, boleh menghalang kehamilan jika menepati keadaan-keadaan seperti berikut :


i. Tidak datang haid selepas melahirkan bayi

ii. Menyusukan bayi sepenuhnya

iii. Tempoh kurang dari 6 bulan selepas melahirkan bayi


Kaedah ini adalah bersifat sementara. Anda perlu menggunakan kaedah yang lain jika salah satu keadaan tidak di tepati


5) Kaedah kekal


a. Ikatan tiub fallopian/peranakan (untuk wanita) : Tiub fallopian Wanita boleh di ikat supaya sperma dan ovum tidak disenyawakan. Prosedur ini boleh dilakukan dihospital. Kadar kegagalan : 0.5%


b. Ikatan saluran mani (untuk lelaki) Vasectomy : Prosedur ini menghalang sperma dari keluar dari alat kelamin lelaki. Pembedahan kecil ini dilakukan di hospital. Kadar kegagalan : 0.15%



Ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perancang keluarga? Hubungi kami melalui whatsapp : https://wa.me/60169954996


Atau anda boleh terus tempah slot untuk perancang keluarga pilihan anda disini










2,311 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page