top of page

Beza scan 2D 3D 4D & 5D untuk ibu hamil

Updated: Jul 8, 2021

UPT saya positif doktor, tolong scan baby saya.


Tahniah kepada yang bakal menjadi ibu & bapa.

Sudah semestinya cara yang paling efektif untuk mengesan janin dalam rahim ibu adalah melalui ultrasound. Tidak hairanlah jika prosedur ultrasound ini sangat sinonim dengan ibu mengandung.


Ramai sudah mengenali ultrasound 2D (warna hitam putih) yang biasa dilakukan kepada ibu hamil semasa follow-up di klinik kesihatan. Dengan kecanggihan teknologi masa kini , ultrasound bukan sahaja boleh mengeluarkan dimensi 2D malah 3D,4D & 5D! Wow..macam-macam dimensi pula yer. Tapi adakah anda tahu perbezaannya?


Scan 2D

Scan 2D ialah ultrasound hitam putih yang biasa dilakukan kepada ibu hamil untuk melihat perkembangan bayi. Ibu-ibu mesti dah biasa sangat dengan scan 2D ni kan?

Selain daripada perkembangan bayi scan 2D juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang keganjilan pada janin semasa dalam kandungan. Prosedur ini dikenali sebagai detail scan atau anomaly scan.


Scan 3D




Scan 3D adalah teknologi terkini ultrasound yang mengeluarkan imej 3D bayi dalam kandungan. Scan ini memaparkan imej muka bayi anda dengan warna kekuningan.

Biasanya scan ini dilakukan semasa 28-32 minggu kehamilan.





Scan 4D

Scan 4D boleh mencipta video bayi anda secara live. Seakan-akan melihat movie, anda boleh tengok bayi anda senyum dan menguap dalam kandungan. Seronok kan?




Scan 5D



Scan 5D menggunakan teknologi yang lebih canggih, mampu memaparkan imej bayi secara realistik yang mana imej yang dikeluarkan adalah seakan-akan warna kulit bayi (pink)





















1,883 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page